Tafsiran saya berkaitan titah Majlis Raja2 Melayu

1. Majlis Raja2 dalam kenyataan terbarunya seperti di laporkan oleh Sinar Harian melalui http://www.sinarharian.com.my/nasional/raja-raja-melayu-pandang-berat-isu-perpaduan-1.741576 menyatakan antara lainnya bahawa:-


“Pendirian baginda berdua mencerminkan keprihatinan tentang pentingnya umat Islam mengamalkan sikap toleran, sederhana dan inklusif di dalam negara yang warganya terdiri daripada masyarakat berbilang agama dan berbilang kaum”.

DAULAT TUANKU.

2. Sebagai seorang rakyat berbangsa Melayu, saya mentafsirkan kenyataan terbaru Majlis Raja2 Melayu ini sebagai bermaksud :-

i). Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan Melayu itu sebagai seorang yang menganut agama Islam, lazim bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

ii). Islam itu agama manakala Melayu itu bangsa. Pastinya tak semua yg Islam itu Melayu tetapi seharusnya semua yang Melayu itu Islam.

iii). Baginda2 Tuanku melalui titah berkenaan telah mengingatkan orang Melayu di Malaysia ini untuk bersikap toleran atau bertimbang rasa terhadap kaum2 lain yg juga merupakan warganegara Malaysia.

iv). Orang Melayu mesti sedar bahawa bukan hanya bangsa Melayu sahaja yang berhak ke atas prinsip2 bernegara oleh itu orang Melayu mestilah menonjolkan sikap kesederhanaan dalam amalan agama Islam yang tidak pernah menganjurkan ekstremisma.

v). Satu lagi yang perlu di lakukan oleh orang Melayu di Malaysia ini adalah mereka mestilah bersikap inklusif terhadap kaum2 lain dengan sentiasa melibatkan kaum2 lain dalam apa jua aktiviti yang melibatkan orang Melayu dan umat Islam selaras dengan prinsip universal Islam untuk semua.

vi). Jika semua ini dapat di lakukan oleh orang Melayu dan umat Islam di Malaysia terhadap kaum2 lain maka barulah wujudnya keharmonian dalam bermasyarakat di negara kita. 

AMPUN TUANKU

3. Tafsiran di perenggan 2 (i) hingga (iv) di atas adalah tafsiran peribadi saya terhadap kenyataan Majlis Raja2 seperti yang di laporkan.

4. Di sebabkan ia merupakan tafsiran peribadi saya maka seharusnyalah sebagai individu yg lemah, saya cenderung untuk membuat tafsiran yang salah dan/atau tafsiran yang menyimpang dan/atau tafsiran yang beremosi dan seterusnya tidak menepati skema tafsiran Majlis Raja2 sendiri selepas kenyataan tersebut di laporkan oleh media.

5. Jika tafsiran saya di atas itu salah, maka ampunkan saya. Mohon di perjelaskan dan di perbetulkan pemahaman singkat saya ini.

6. Selepas memberikan tafsiran, izinkan saya memberikan pandangan saya pula.

7. Suka saya merujukkan semua kepada 7 Wasiat Raja2 Melayu yang katanya di buat ketika Raja2 Melayu bersetuju memusatkan kuasa Baginda melalui Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dahulu spt berikut :-


8. Maka di maktubkanlah kesemua 7 Wasiat berkenaan dalam Perlembagaan Persekutuan kita yang kini menjadi undang2 tertinggi negara seperti berikut :-

a) Nama Negara dalam Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan


b) Tanah Simpanan Melayu di maktubkan dalam perkara 89(2) dan 89(3) Perlembagaan Persekutuan


c) Rejimen Askar Melayu DiRaja di zahirkan melalui Perkara 8(5)(f) Perlembagaan

d) Kedudukan Raja Melayu sebagai Ketua Utama Negara dinyatakan dalam perkara 32 Perlembagaan

e) Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di maktubkan dengan Perkara 3 Perlembagaan

f) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan jelas di jamin di bawah Perkara 152 Perlembagaan


g) Hak Istimewa orang Melayu pula di paterikan sebagai perkara 153 Perlembagaan Persekutuan


AMPUN TUANKU

9. Saya ternyata amat terkejut dengan kenyataan terbaru Majlis Raja2 ini yang hanya mengambil contoh 2 kedai dobi di negeri paling selatan dan negeri paling utara di Tanah Melayu ini sebagai asas untuk di jadikan agenda perbincangan dalam mesyuarat suci di kalangan 9 paduka Tuanku?

10. Jika hanya 2 kedai dobi itu saja telah menarik perhatian Majlis Raja2 untuk mengambil pendekatan liberal maka saya kuat menyatakan bahawa kesemua 7 wasiat Raja2 Melayu itu adalah juga tidak bertoleransi, tidak besederhana dan tidak bersifat inklusif terhadap kaum2 lain dan di neraca paling ekstrim, saya boleh menganggap kesemua 7 wasiat Raja Melayu berkenaan sebagai satu bentuk diskriminasi Melayu terhadap bukan Melayu.

11. Oleh kerana 7 wasiat berkenaan juga tidak menepati titah terkini Majlis Raja2, maka adakah mungkin kita perlu pertimbangkan untuk memansuhkannya juga jika suatu hari nanti akan ada desakan untuk memansuhkannya dari mana2 pihak atas alasan hak samarata dan anti diskriminasi perkauman?

AMPUN TUANKU

12. Saya amat berharap agar Sinar Harian tersalah melaporkan kenyataan Majlis Raja2 berkenaan kerana saya telah menyemak dengan laman web penyimpan mohor besar Raja2, saya tak menjumpai siaran media seperti yg di laporkan di sana.

13. Kalau Majlis Raja2 tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian, ampunkan saya atas kegelojohan saya ini.

14. Tetapi jika benar bagai di kata, sama2lah kita sedekahkan bacaan Alfatihah kepada Allahyarham Hang Jebat.

Salam hormat.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kamal Hisham buat laporan polis

Justice For Kamal Hisham Jaafar