Benci Lawyer




5. Ok saya nak terangkan sikit berkaitan peranan Peguambela dlm mana2 kes jenayah.

6. Bila kami di bayar untuk menjalankan tugas kami membela seorang tertuduh di mahkamah BUKAN SELALUNYA BERMAKSUD kami bersetuju dan menyokong jenayah yang beliau telah di tuduh melakukan.

2. Kadangkala kami juga tak tahu betul atau tak anakguam telah melakukan jenayah itu atau tak.

7. Kadangkala kami dah tahu cuma kami kesian kat tertuduh dan nak membantunya.

9. Kadang2 memang sebab duit. Ko bayar aku bela. Ko tak bayar aku tarik diri.

18. Ada kalanya kami hanya menjalankan tugas profesional kami utk memastikan SOP pendakwaan telah di jalankan dgn betul dan SOP proses mahkamah telah di ikuti dgn betul sebelum hukuman di jatuhkan.

72. Bukanlah sesuatu yg membanggakan kpd seorg Hakim atau Pendakwa jika tertuduh di hukum gantung sampai mati. Ia bukan kepuasan diri buat mereka, ia mungkin sebenarnya mimpi ngeri yg akan terus menghantui hidup mrk dgn menjatuhkan hukuman itu.

1. Jadi sbg Peguam, kami berikrar untuk menjalankan tugas profesional kami membela tertuduh demi memastikan proses keadilan telah di lalui dgn betul terhadap tertuduh mengikut undang2.

103. Contohnya untuk membuktikan satu perlakuan jenayah yg layak di hukum, Pendakwa hendaklah membuktikan Mens Rea (niat) tertuduh melakukan jenayah itu dan Actus Reus (perbuatan) iaitu tertuduhlah orangnya yang telah melakukan jenayah itu dengan niat untuk melakukan jenayah itu sebelumnya.

827. Fungsi peguambela pula adalah untuk menimbulkan keraguan yg munasabah terhadap kes pendakwaan dengan membangkitkan persoalan2 spt :- Betul ke dia yg buat? Bukankah ada ramai suspek di tempat kejadian, kenapa kata dia yg buat? Adakah dia betul2 berniat utk melakukannya atau dia tiba2 di provokasi oleh mangsa utk melakukannya, Ya mungkin beliau berada di tempat kejadian tetapi beliau bukan perancang utama jenayah itu, beliau hanya di arahkan utk angkut tong gas itu ke atas tanpa beliau tahu apa perancangan sebenar kawan yg memaksa beliau, dan begitulah seterusnya lagi dan lagi

3. Peranan Hakim pula adalah untuk mendengar versi cerita kedua2 pihak, pendakwa dan pembelaan dan akhirnya membuat keputusan mengikut prinsip2 undang2 bahawa samada tertuduh di dapati bersalah atau Pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yg munasabah bagi menafikan kebersalahan tertuduh.

2. Inilah maksudnya seorg tertuduh tidak bersalah selagi belum di buktikan bersalah.

8. Ya anda semua Hakim fb. Jadi je hal anda terus hukum mati pengetuan tahfiz la warden la padahal anda sblm itu terpaksa google maksud tahfiz. Duduk kat starbak tekan smartphone yg di bayar ansuran cotmemot memang kerja mudah. Semua anda hukum neraka dlm sekelip mata.

13.  Pastu tetiba harini polis kata ada unsur khianat,ada 6 suspek, jadi bagaimana anda dah hukum mati pengetua dan rosmah semalam? Boleh ke anda hidupkan balik org yg anda dah hukum mati semalam?

10. Jadi begitulah proses keadilan mahkamah dunia berjalan tuan2 dan puan2 sekelian.

0. Kalau ko tak tahu jangan buat2 mcm tahu. Nampak bodoh ko nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Kamal Hisham buat laporan polis

Justice For Kamal Hisham Jaafar

Tafsiran saya berkaitan titah Majlis Raja2 Melayu